As Salam

*Assalamualaikum dan*
*Selamat Pagi Salam Sejahtera sahabat2ku,saudara maraku*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim* *sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa* *memperoleh rahmat dari Nya.*
*Aamiin*

Advertisements

3

Ada 3 penyebab yg menjadikan iman kita lazat dan terasa kemanisan iman

Pertama…kasih cinta pd ALLAH dan rasul mestilah mendahului rasa cinta kpd makhluk dan harta benda. Kedua…brsahabat dan berkawan mestilah kerana Allah dimana bertemu dan berpisah dua shbt itu adalah kena Allah dan yg ke tiga benci nya kita kpd dosa dan maksiat seperti mana benci nya kita utk di campakn kita ke dlm API NERAKA.

Sanad

💫✍Merujuk kpd perkara diatas, Saya pernah bertanya kpd mereka yg kuat berpegang dgn fahaman wahabi ini awak mengambil sanad dari mana pulak, jawab mereka, dia bersanad dari kitab hadith sahih bukhari dan muslim. Masaallah utamanya mereka ini cepat nak meletakkan org lain yg tidak sepahaman kpd mereka sebagai org yg dalallah(sesat) terutama kpd pengamal jln tarikat.
kalau nak berhujah kpd mereka memang sukar kerana mereka mahir dan telah tersedia dgn hujah2 alquraan dan hadith yg mereka hafalkan untuk jawapan kpd hal berkaitan ibadah serta mengikut kupasan sangkaan mereka sahaja.

klu dilihat diatas habib umar yaman alhafis dpt menghimpun begitu byk hadith yg benar sanadnya adalah satu kurniaan Allah, sebab itulah klau ada amalan2 mereka bawa untuk diamalkan atau pernah diijazahkan jgn cepat kita menolak dari sumber yg blum pasti, terutama mereka2 yg berpegang kpd fahaman wahabi dan wajahsimah atau yg sekarang ini mengelarkan diri mereka sebagai golongan salafi, terutama mereka ini mudah meletakkan kpd amalan tarikat atau amalan2 yang dibawa dari golongan ahlul bait khasnya dari yaman ini kpd dalallah, semuga kita sentiasa didalam pertunjuk dan pemiliharaan dari Allah, waullah hu allam✨

Fitnah.

Antara FITNAH terbesar buat penuntut ilmu atau ilmuwan ialah bila kita merasakan:

1. Cara atau manhaj pengajian kita yang paling tepat berbanding orang lain..
2. Ilmu, kefahaman atau kemahiran diri sendiri dirasakan lebih tinggi berbanding kawan atau lawan..
3. Pemikiran, cetusan idea dan istidlal kita lebih mantap dari pihak lain..
4. Guru-guru kita dan tokoh-tokoh kesayangan kita lebih alim berbanding masyaikh bukan pilihan..
5. Sistem, tempat, sekolah atau institusi pengajian kita lebih gah dan hebat berbanding yang lain..

Kesemua ini hanya akan menimbulkan sikap meninggi diri dan saling meremehkan yang tidak membantu kita semua mencari ilmu dan kebenaran..Sebaliknya menjadi “dalil” atau “murajjih” suci bagi pandangan atau pilihan syok sendiri..

Mati.

🌷💫

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Surah Ali Imran: 185)

Cinta

Assalamualaikum

*CARI LAH ALLAH DI SAAT SENANG DAN SUSAH*………
Sahabat…….
Jangan masa kau kecewa dengan manusia baru kau cari Allah
Jangan masa kau rasa nak jatuh baru kau cari Allah
Jangan bila kau hilang kawan baru kau cari Allah
Jangan masa kau penat hidup baru kau cari Allah
Jangan masa kau sedih berduka baru kau cari Allah
Jangan masa kau terbaring sakit baru kau cari Allah
Jangan masa kau jatuh papa baru kau cari Allah
Jangan masa kau keseorangan baru kau cari Allah
Jangan masa hidup kau gelap baru kau raba cinta Allah..
Tapi…..
Biarlah kau cinta Allah di masa kau gembira,
Masa kau bahagia ,
Masa kau berjaya ,
Masa kau bersemangat ,
Masa kau sihat ,
Masa kau kaya ,
Masa kau ada kawan ,
Masa hidup kau sedang cemerlang ,
Dan masa Allah bagi kau cahaya .
Sebab cinta Allah tu 24/7, 365 hari setahun .
💚

Salam senja.

🕌✍
_*Kalam saufi..*_

_*Kita tidak akan dapat menegakkan perintah Allah SWT, kecuali dengan anugrahNya dan senantiasalah mengawasi hati dan anggota badan kita pada setiap waktu dan pada setiap tarikan nafas kita, dari pagi hingga petang.*_

_*Ketahuilah, bahawa Allah SWT mengenali isi hati kita, mengawasi lahir dan batin kita, mengetahui semua lintasan fikiran kita, langkah langkah kita, serta diam dan gerak kita.*_

_*Saat bergaul dan menyendiri, pada hakikatnya kita sedang berada di hadapan Nya. “Dimana kita mengadap disitulah wajahNya”.*_

_*Tidak ada yang diam, dan tak ada yang bergerak, melainkan semuanya diketahui oleh Penguasa langit dan bumi, iaitu Allah SWT..*_

_*salam senja..*_

_*[Bidayatul Hidayah – Al Imam Al Ghazali]*_💫
.

Tazkirah

Tazkirah…

Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.

Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?

Nabi Musa AS, “Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?”

Allah SWT, “Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar.”

“Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirumu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang.”

“Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri.”

Nabi Musa AS, “Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?”

Allah SWT, *”Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda.”* Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.

Apabila kamu sibuk dgn ibadah yg lazim dan berbangga dgnnya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.

Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban utk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya.

Buatlah perkara yg Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.

Kitab *Mukasyafatul Qulub*, karya *Imam Al-Ghazali*.